Bismillahirahmanirahim...
Selepas 5 tahun, helaian usang ku buka kembali...
Mula berpikir
Jari jemari ingin kembali menariš¤©
Bersedia untuk beraksi..
Mampukah menjadi realiti...
N.A.M.A-jun28,2018
Epilog
“Bila hati mula berbicara,tingkah laku mula di atur,baik buruk kesannya diri sendiri yang akan menanggung.Puas difikir adakah apa yang dilakukan akan membawa kebaikan kepada semua..? Hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahui..”
Diari kecil itu ku tatap berkali-kali. Bait-bait kata itu ku ulangi baca tanpa jemu sama sekali. Itulah kata-kata yang ku tulis pada kali pertama hatiku diketuk ol...eh suatu perasaan baru. Suatu perasaan yang begitu indah sekali. Perasaan yang biasa dilalui oleh setiap insan seusiaku ketika itu. Perasaan yang dinamakan cinta. Aku sendiri tidak pasti adakah itu cinta? Namun semakin aku cuba menjauhi ianya semakin menghampiri. Walhal bertahun aku cuba menafikan tapi ianya tetap setia mengekori.
Cinta akan membawa derita. Cinta juga membawa bahagia. Itulah kata-kata yang sering ku dengar tentang percintaan. Aku sendiri tidak mudah untuk menerima cinta. Takut terlukalah kononnya. Tapi aku juga insane biasa yang tidak mampu lari dari fitrah yang Maha Esa. Aku juga turut terlibat dengan penyakit cinta. Walaupun penyakit cinta aku ini tidaklah seteruk insan lain tapi kesannya tetap ada.
Em,itu cerita dulu,kini hidup ku sudah berubah. Keluarga tercinta sentiasa disisi,kerja yang selesa,dan tidak lupa teman serumah yang gila-gila membuatkan hidupku penuh ceria. Aku tidak lagi perlu memikirkan hal yang remeh –temeh. Hehehe bukan tak perlu tapi sebenarnya malas nak fikir je. Banyak lagi perkara yang lebih memerlukan perhatianku. Terutamanya aku sebagai part time student ni memerlukan aku bijak membahagikan masaku dengan sempurna. Masa untuk kerjaya,masa untuk belajar,masa untuk keluarga dan juga masa untuk diri tercinta. Walaupun hidupku bolehlah diketegorikan sebagai padat,tapi aku tidak merasainya pun. Bagi diriku ,hidup ini perlu dipenuhi dan jangan wujud ruang senggang diantaranya. Kerana jika wujudnya ruang senggang akan menyebabkan kesepian bertandang di segenap ruang jiwa. Oleh itu , aku akan cuba sedaya upaya membuatkan diriku sibuk dengan pelbagai aktiviti. Penat tu memang la penat,tidak dapat dinafikan. Perangai ku amat dikenali oleh dua teman serumahku Ann dan Lieza. Dan mereka juga sering menggelarkanku sebagai anti-sosial. Tapi aku terima seadanya kerana aku tahu apa yang dikatakan mereka itu ada benarnya.